Hartanah.biz
Alat Hartanah
Hartanah.biz
Logo VIGOR / RGPT
Kiraan Anggaran RPGT (Cukai Keuntungan Harta Tanah)
Tool ini bantu tuan puan anggarkan berapa cukai RPGT bila jual rumah atau tanah, termasuk kes biasa, pengecualian asas individu, pengecualian sekali seumur hidup dan pindah milik dalam keluarga terdekat.
Langkah 1

Masukkan maklumat transaksi

Isi ikut SPA dan maklumat kos sebenar. Kiraan ini hanya sebagai anggaran.

Ambil harga belian dari SPA asal ketika rumah dibeli.
Tarikh belian biasanya diambil daripada tarikh SPA (Sale and Purchase Agreement) ditandatangani.
Harga jualan semasa yang dipersetujui dengan pembeli.
Biasanya guna tarikh SPA jualan baru ditandatangani.
Contoh: yuran guaman, duti setem, komisen ejen, penilaian, renovasi yang diiktiraf dan lain lain kos yang boleh diterima LHDN.
Soalan ini berkaitan pengecualian sekali seumur hidup untuk satu rumah kediaman persendirian bagi individu warganegara / PR.
Sebahagian pindah milik dalam keluarga terdekat mungkin layak status no gain no loss dan dikecualikan RPGT, tertakluk syarat LHDN.
Langkah 2
Keputusan anggaran RPGT
Ilustrasi kiraan RPGT
Ditunjuk berdasarkan input dan andaian umum undang undang semasa. Anggaran sahaja. Kadar dan undang undang boleh berubah. Sila semak dengan peguam dan LHDN untuk angka muktamad.
Keuntungan kasar (jual tolak beli) RM 150,000.00
Tolak kos dibenarkan RM 20,000.00
Keuntungan boleh cukai (anggaran) RM 130,000.00
Anggaran cukai RPGT yang perlu dibayar:
RM 0.00
Rizal Rosli Putra
Tip dari Rizal

Isi maklumat untuk lihat tip jimat cukai

Bila tuan puan tekan Kira anggaran RPGT, saya akan jelaskan dalam bahasa mudah. Contohnya, kalau tunggu beberapa bulan lagi sampai cukup 6 tahun, kadar RPGT boleh jadi 0% dan jimat ribuan ringgit.

Tool ini hanya memberi gambaran kasar. Untuk pengesahan muktamad, rujuk peguam dan LHDN.

Jadual kadar RPGT (ringkasan rujukan)

Kadar asas RPGT mengikut tempoh pegangan dan kategori pemilik:

Tempoh pegangan Individu warganegara / PR Individu bukan warganegara Syarikat
Dalam 3 tahun pertama 30% 30% 30%
Tahun ke 4 20% 30% 20%
Tahun ke 5 15% 30% 15%
Tahun ke 6 dan seterusnya 0% 10% 10%

Pengecualian penting yang biasa dibincangkan:

  • Pelepasan asas individu RM10,000 atau 10% daripada keuntungan boleh cukai (mana yang lebih tinggi) bagi setiap pelupusan.
  • Pengecualian sekali seumur hidup untuk satu rumah kediaman persendirian bagi individu warganegara atau pemastautin tetap.
  • Pindah milik kasih sayang keluarga terdekat tertentu boleh dilayan sebagai no gain no loss dan dikecualikan RPGT tertakluk kepada syarat LHDN.

Pautan rasmi dan rujukan

Catatan Kadar dan dasar cukai boleh berubah mengikut pengumuman bajet semasa. Kiraan di sini ialah anggaran dan bukan nasihat undang undang. Untuk angka muktamad, sila rujuk peguam hartanah dan LHDN.