🏗️ Boleh Tak Pembeli Saman Pemaju Kalau Projek Lambat Siap Atau Terbengkalai?

...

FAKTA

Pada tahun 2021, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pengiraan pampasan kelewatan (Liquidated Ascertained Damages atau LAD) bermula daripada tarikh pembeli membayar booking fee, bukannya semata-mata tarikh SPA ditandatangani. Keputusan ini mengukuhkan hak pembeli rumah terhadap kelewatan penyerahan milikan kosong.

Bukti keputusan mahkamah:

https://www.kehakiman.gov.my/sites/default/files/documents/Ringkasan_Media/2021/Re%20PJD%20Regency%20Sdn%20Bhd%20and%20Tribunal%20Tuntutan%20Pembeli%20Rumah%20%26%20Anor%20and%20other%20appeals.pdf

🏘️ Isu Seperti Ini Pernah Berlaku Di Kulai

Kalau anda ingat, kawasan Kulai sendiri pernah mempunyai beberapa projek yang dikategorikan sebagai projek sakit dan memerlukan usaha pemulihan oleh kerajaan negeri.

Antara projek yang disebut ialah:

• Taman Permata Impian Kulai

• Taman Kulai Utama

Perkara ini dilaporkan dalam laporan mengenai projek perumahan sakit di Johor:

https://www.evolusibina.com/post/johor-jangka-selesai-9-projek-perumahan-sakit-dan-terbengkalai

Selain itu, isu Taman Permata Impian Kulai juga pernah dibangkitkan kerana percanggahan maklumat mengenai status projek tersebut.

Baca laporan penuh:

https://dapmalaysia.org/taman-permata-impian-kulai-terbengkalai-jawapan-menteri-dan-jabatan-perumahan-bercanggah/

...

⚖️ Kalau Pemaju Lewat Siap, Ke Mana Pembeli Boleh Buat Tuntutan?

Ramai pembeli tidak tahu bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) untuk membantu menyelesaikan pertikaian tertentu antara pembeli dan pemaju tanpa perlu melalui proses mahkamah yang lebih panjang.

Maklumat rasmi boleh disemak di laman KPKT:

https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/320

💬 Pendapat Saya

Pada pendapat saya, ramai pembeli terlalu fokus kepada diskaun, cashback dan hadiah percuma.

Sedangkan mereka jarang menyemak sejarah projek pemaju.

Kalau saya sendiri hendak membeli rumah baharu, saya akan cari dahulu sama ada pemaju tersebut pernah mempunyai rekod projek lewat siap atau projek sakit.

Internet hari ini memudahkan kita membuat semakan sebelum membuat komitmen ratusan ribu ringgit.